Skip to content

Panduan Beli Telefon Baru Lebih Berbaloi

  • by
Dengan keupayaan smartphone yang didatangkan dengan pelbagai fungsi yang membolehkan pengguna melakukan kerja dalam satu masa. Ini sudah pastinya akan buatkan anda sedikit keliru dengan jenis telefon yang sepatutnya anda beli.

Pemilihan smartphone perlu bergantung kepada cara ia akan digunakan kerana terdapat pelbagai jenis smartphone di pasaran dengan harga berbeza.

panduan beli handphone baru


Antara Panduan Sebelum Membeli Handphone ialah:


Jenis Processor 

Processor adalah ‘otak’ suatu smartphone. Jika anda seorang yang mementingkan kecepatan smartphone untuk membuka pelbagai jenis aplikasi dalam suatu masa, anda perlukan jenis processor yang berkuasa dan dapat berfungsi dengan baik. 

Ini seterusnya dapat memaksimumkan fungsi telefon anda tanpa sebarang gangguan dalam laksanakan segala jenis input (arahan) pengguna.

Sebagai contoh, smartphone jenama Huawei menggunakan processor Hisilicon Kirin, Samsung menggunakan Exynos, Iphone (IOS), Qualcomm, MediaTek dan sebagainya.


Saiz Storan Smartphone :

Kadangkala dalam menyelesaikan sesuatu kerja memerlukan kita memuat turun pelbagai jenis aplikasi dalam telefon. Ini sudah tentu memerlukan storan (storage) yang agak besar.

Lebih-lebih lagi jika anda termasuk dalam golongan kaki game. Satu-satu aplikasi permainan di telefon kadangkala memerlukan saiz storan yang sangat besar contohnya seperti PUBG dan Genshin Impact.

Namun begitu, terdapat juga smartphone yang menyokong fungsi tambahan menerusi microSD dimana anda boleh menambah ruang storan yang lebih besar secara manual.


Saiz & Jenis Paparan Skrin

Saiz layar skrin juga patut diambil jika anda gunakan telefon untuk melayari internet atau menonton drama. Saiz yang kira sesuai untuk mata kita rasa selesa ketika gunakan smartphone. 

Contoh layar skrin smartphone yang sangat jelas dan terang adalah antara 90Hz ke 120Hz dengan skrin jenis AMOLED. Ia membolehkan anda boleh menonton drama serta filem dengan jangkamasa yang lama tanpa menyakitkan mata. 

Namun, dengan spesikasi begini harga smartphone adalah sedikit tinggi berbanding smartphone yang menggunakan skrin jenis lain.


Rekaan smartphone

Pelbagai pilihan smartphone terbaru juga didatangkan dengan rekaan super slim, tidak mudah terlepas daripada tangan, ergonomik dan sangat selesa untuk dipegang. 

Keadaan ini dibantu oleh jenis bahan yang digunakan untuk membina frame telefon. Lebih kuat dan ringan serta lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.


Kamera Smartphone

Fungsi kamera juga dipelbagaikan dan memberikan rakaman video dan gambar yang baik bukan hanya pada waktu siang tetapi juga pada situasi cahaya rendah (low-light).

Selain itu, jika smartphone itu mempunyai fungsi kamera ultra lebar, ia sepatutnya dapat berikan pendedahan juga kesan warna yang sangat baik terhadap gambar yang diambil. 

Fungsi kamera juga seharusnya disokong oleh fungsi serta pembetulan geometric distortion dengan berkesan supaya gambar yang terhasil tidak kelihatan pelik.


Ketahanan Bateri

Rata-rata pengguna lebih memilih smartphone dengan bateri berkapasiti tinggi contoh 5,000mAh ke atas serta dengan sistem pengecasan pantas fast-charging yang hanya perlu masa dalam sejam sahaja untuk pengecasan penuh. 

Ini kerana jika pengguna mengunakan pelbagai fungsi dan membuka pelbagai aplikasi dalam satu masa akan mengakibatkan bateri lebih banyak digunakan. Tidak dinafikan bateri yang bersaiz besar sangat mempengaruhi pemilihan smartphone pengguna.


Perbandingan Harga

Jika anda ingin fungsi-fungsi di atas semuanya dalam keadaan optima, sudah pastinya perlu pertimbangkan harganya yang akan sedikit mahal. Lihat kepada jenis keperluan tugasan yang paling penting anda lakukan dengan smartphone tersebut dan lakukan pilihan dengan bijak.

Mungkin ada fungsi-fungsi yang kurang anda perlukan. Sebagai contohnya; anda tidak perlukan storan besar kerana hanya gunakan telefon untuk berhubung dengan orang lain.


Kesimpulan Tips Panduan Beli Handphone Baru


Buatlah pilihan dengan bijak supaya anda dapat menjimatkan wang semasa membeli smartphone baru dan juga dapat digunakan dalam jangkamasa yang lama.

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published.