Tahukah anda boleh tukar kad debit Maybank yang hampir luput secara online? Mudah kan?
Dah tak perlu lagi nak beratur panjang di kaunter Maybank.
Cara Tukar Kad Debit Maybank Online
Langkah 1: Log in akaun Maybank2u anda (www.maybank2u.com.my)
Langkah 2: Pergi ke SETTING dan pilih CARDS
Langkah 3: Pergi ke MANAGE DEBIT CARD dan pergi ke ‘DEBIT CARD’
Langkah 4: Pilih untuk Ganti, Aktifkan atau Sekat, anda pilih pada REPLACE CARD
Langkah 5: Ikut arahan untuk lengkapkan butiran diri serta klik SUBMIT
Kad debit yang baharu akan dihantar ke alamat yang anda masukkan tadi. Selepas terima kad sila masuk semula ke bahagian kad debit untuk aktifkan kad baharu.
Perlu Masa Untuk Kad Debit Sampai
Cuma untuk pembaharuan kad debit ini perlukan masa untuk pihak bank hantar kad ke alamat anda. Maka, anda perlu bersabar untuk kad sampai sebelum boleh digunakan.
Cara ini tidak sesuai jika anda sedang terdesak untuk baharukan kad yang sudah sampai masa luput.