Domain merupakan salah satu feature yang membolehkan anda mempunyai nama blog sendiri. Antara domain yang popular kebiasaannya berakhir dengan .com , .net , .org ataupun .xyz .
Tetapi selalunya kita lebih familiar dengan dot com (.com).
Banyak penyedia perkhidmatan jual beli domain di Malaysia seperti NetKL, GB Network dan yang popular seperti GoDaddy.
Urusan pembelian domain juga tidaklah sesusah yang disangka. Malah anda boleh beli dan sediakan blog dengan domain sendiri.
Untuk itu di sini kami akan sediakan cara-cara bagaimana anda boleh pasang domain sendiri nanti.
Cara Beli Domain Mudah Cepat
Disebabkan domain sedia ada ini di beli di NetKL Network, maka saya akan terangkan mengikut tatacara pembelian dengan NetKL.
Tetapi sebenarnya jika anda beli dengan penyedia yang lain prosesnya lebih kurang sama sahaja. Boleh ke NetKL Network untuk beli domain anda dahulu.
![]() |
Klik NetKL Network |
Antara Proses Beli Domain ialah :
- Masukkan nama anda dalam kotak carian dan klik [SEARCH]
- Jika domain masih ada (available) anda boleh teruskan dengan lakukan bayaran
- Jangan lupa untuk klik sekali pada [ID Protection] untuk melindungi data peribadi anda.
- Masukkan jangka masa pembaharuan domain anda. Minima setahun sekali. Anda perlu membayar dan lakukan pembaharuan domain dalam masa setahun.
- Jika sudah berpuas hati teruskan dengan pembayaran.
Cara Tukar Blogspot kepada Dot Com Lebih Mudah
- Pergi ke Blogger.com dan masuk ke panel admin anda
- Klik [Settings]
- Kemudian klik di [Custom Domain]
- Masukkan nama domain blog [www.domainbloganda.com] dan tekan butang [SAVE]
- Akan keluar notification seperti dalam gambar [Langkah 5]
- Salin dan simpan maklumat tersebut di tempat lain dahulu
- Masuk ke panel klien di NetKL dan klik pada bahagian domain.
- Masuk domain DNS Manager
- Tambahkan semua 4 A-records yang akan point to Google IPs (rujuk gambar 6)
- Tambahkan rekod C-Name yang anda simpan pada langkah 5 dan tekan [SAVE]
- Pergi semula ke Blogspot admin panel dan klik pada [Settings] kemudian klik [Redirect] ke domain anda.
- Klik juga pada bahagian [https].
- Selesai dan boleh klik pada [View Blog] untuk lihat URL domain anda yang sudah berjaya diset.
![]() |
Gambar 1: Pergi ke Blogger.com dan tekan pada Settings |
![]() |
Gambar 2: Masukkan Domain Baru |
![]() |
Gambar 3: Simpan Maklumat Blog/Alamat Blogspot Anda |
![]() |
Gambar 4: Klik Pada Domain yang sudah dibeli |
![]() |
Gambar 5: Domain DNS Manager |
![]() |
Gambar 6 : Masukkan semua alamat Blogspot dan Google server |
![]() |
Gambar 7: Masuk ke Blogspot admin dan redirect domain anda |
Setelah selesai anda boleh lihat semula blog yang sudah pun bertukar URL. Selalunya blog akan stabil dalam masa 24 jam.