Skip to content

Cara Buat Link Whatsapp Mudah Cepat

  • by

Makin ramai online seller yang letak link whatsapp (link wasap) di iklan mereka. Sebenarnya memang memudahkan kalau guna link yang dah ada whatsapp contact kita. Lagi senang customer nak berurusan tanpa perlu simpan nombor telefon anda terlebih dahulu.

Lagi satu kelebihan guna link whatsapp ini ialah mempercepatkan urusan pelanggan yang nak beli barang dari anda. Sebagai contoh anda merupakan peniaga online yang memang gunakan whatsapp untuk berurusan dengan customer.

Jadi untuk yang perlu dan tidak pernah tahu nak buat link whatsapp boleh cuba tutorial di bawah untuk mula gunakan link dalam iklan-iklan perniagaaan anda.

Cara-Cara Buat Link Whatsapp Mudah 2022

1- LANGKAH PERTAMA

Anda hanya perlu copy paste sahaja link dibawah ini
https://wasap.my/60sambung nombor telefon anda (60 adalah kod untuk nombor di Malaysia)
Contoh:
https://wasap.my/6012201102 [Tanpa sengkang atau jarak]

2- LANGKAH KEDUA

Untuk penggunaan whatsapp secara universal pula anda boleh gunakan cara seperti dibawah iaitu ;
https://wa.me/60sambung nombor anda 
(macam biasa jika anda pengguna dari Malaysia gunakan kod 60 didepan)

3- LANGKAH KETIGA [ TAMBAH MESEJ DI BELAKANG NOMBOR]

Kalau anda nak guna untuk kegunaan khas contohnya untuk pelanggan order barang, maka anda boleh letakkan mesej di belakang nombor whatsapp tersebut.
Contohnya jika anda LANGKAH PERTAMA
https://wasap.my/6012201102/mesej_anda
cara buat link whatsapp mudah 2022

Atau jika anda gunakan link LANGKAH KEDUA, anda perlu tambah seperti ini;
https://wa.me/601220101/?text=mesej%20anda%20disini
Nota :
Tambahkan kod ?text= selepas garis miring (tanda slash) 
Tambahkan kod berwarna merah %20 antara perkataan mesej tanpa jarak atau sengkang]
cara buat link whatsapp senang 2022

Mudah kan nak buat link whatsapp selepas ni. Jika link whatsapp dan juga mesej anda terlalu panjang boleh pendekkan di https://bitly.com/
Selain itu jika anda ada website atau blog sendiri dah nak gunakan cara yang lebih praktikal untuk reply customer yang banyak tu lagi lagi waktu malam kita pun nak ada ‘me time’ and spend masa bersama family.

Lebih Mudah Dengan Sistem Wasep.me

Sekarang dah ada sistem wasep.me yang mana jika perniagaan kita makin meningkat dan lebih mudah nak handle tanpa perlu kos yang banyak dan hanya perlu bayar serendah RM50 setahun sahaja.
Kenapa wasep.me ni dapat membantu dalam urusan jualan seharian anda?
  • Jimat masa
  • Notifikasi order masuk di whatsapp
  • Tak perlu beli domain pun
  • Setup website ni boleh guna handphone je 
  • Ada tutorial lengkap dan senang nak setup
  • Interface mesra pelanggan dan kemas gila
  • Bisnes boleh nampak canggih dan trusted 
  • Ada resit dan boleh bayar online je
  • Ada katalog dan senang add to cart
cara mudah urus whatsapp auto reply untuk bisnes 2022

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman Wasep.my. 

Leave a Reply

Your email address will not be published.