Anda nak buat blog sendiri tahun ini dengan percuma?
Ada beberapa cara buat blog mudah dan juga tidak perlukan kos yang tinggi.
Dalam artikel ini akan diterangkan bagaimana anda boleh bermula dengan blog sendiri tahun ini.
Apakah Kriteria Yang Diperlukan Untuk Buat Blog?
Antara beberapa perkara yang anda perlukan untuk mula berblog antaranya ialah;
1- Email
Anda perlukan email sendiri yang perlu didedikasikan untuk pendaftaran blog.
2- Domain/Nama Blog
Domain ini ialah nama blog anda. Ada yang berbayar contoh anda boleh lihat pada nama blog seperti namablog.com.
Kalau jenis berbayar maka blog anda akan berakhir dengan dot com, dot net dan sebagainya.
3- Platform Blog
Jika anda ingin mulakan blog percuma anda boleh gunakan platform seperti Blogspot, WordPress, Weebly dan juga beberapa platform yang lain.
Keluar Nama Platform Blog Percuma
Tetapi anda perlu ingat bahawa jika gunakan platform percuma ini maka nama blog anda akan jadi seperti ini;
contohblog.blogspot.com atau contohblog.wordpress.com.
Alamat blog ataupun URL blog akan mengandungi platform percuma yang anda gunakan. Untuk permulaan tiada masalah pun sebenarnya.
Melainkan kalau anda ingin ber blog dengan lebih serius maka boleh pertimbangkan untuk terus daftar nama domain anda sendiri.
Cara Daftar Blog Percuma Anda
Blog Menggunakan Platform Blogger (Google)
![]() |
Log in Blogger.com |
Kemudian masukkan tajuk blog anda. Boleh jadi apa-apa sahaja yang anda suka. Contohnya anda nak buat blog perkongsian resipi;
![]() |
Masukkan tajuk blog anda |
Setelah masukkan tajuk blog, maka anda boleh ke langkah seterusnya iaitu pilih nama blog anda. Ini adalah alamat blog yang anda akan guna.
Tips Pilih Nama Blog
- Pilih nama yang menggambarkan tema (niche) blog anda.
- Pilih nama yang senang nak dieja dan diingati
![]() |
Masukkan nama blog |
Setelah selesai daftar nama blog maka anda sudah berjaya ada blog sendiri secara percuma.
![]() |
Post Artikel Anda |
Jika anda ingin tukar tema anda boleh klik di [Theme]. Saya akan tunjukkan di artikel yang seterusnya nanti.
![]() |
Klik View Blog untuk paparan sebenar blog anda |