Hampir semua orang memiliki smartphone pada masa kini. Ianya juga termasuk dalam suatu bentuk keperluan untuk mereka yang sentiasa berhubung dengan orang lain dan juga digunakan untuk tujuan kemudahan aktiviti harian.
Oleh yang demikian beberapa aksesori telefon juga telah direka cipta untuk digunakan bersama disamping memudahkan aktiviti anda.
Aksesori Handphone Terbaik Patut Anda Miliki
Berikut merupakan beberapa senarai aksesori telefon yang boleh anda dapatkan untuk memaksimakan pengalaman penggunaan smartphone anda.
1. Pelindung Skrin (Screen Protector)
Tidak dinafikan dengan pengunaan telefon yang kerap anda mungkin memerlukan pelindung skrin. Ini dapat membantu memelihara serta melindungi skrin telefon anda dari calar dan juga retak. Pelbagai jenis pelindung skrin dipasaran yang boleh anda miliki dengan harga yang berpatutan.
![]() |
Dapatkan di : Shopee |
2. Pengecas Mudah Alih (Powerbank)
Walaupun kebanyakan telefon pintar zaman ini telah dilengkapi dengan kapasiti bateri yang agak besar, namun anda mungkin perlukan pengecas mudah alih disaat kecemasan seperti terperangkap dalam kesesakan jalan ataupun berada jauh dari rumah.
Lebih-lebih lagi kebanyakan pengecas mudah alih sekarang lebih nipis dan ringan. Ianya juga sesuai dibawa kemana-mana.
Dapatkan di : Shopee |
3. Fon Kepala atau Telinga Tanpa Wayar (Headphone)
Kalau sedang menunggu di kedai makan anda boleh gunakan fon kepala untuk mendengar lagu. Lebih mudah lagi jika anda gunakan fon telinga atau kepala tanpa wayar. Senang nak bergerak tanpa perlu buka untuk disimpan.
Dapatkan di : Shopee |
4. Dok Telefon Untuk Kereta (Phone Car Holder)
Sekarang ini kalau tidak ada dok telefon (Phone car holder) macam tak lengkap rasa. Dengan keadaan jalan yang semakin complicated lebih mudah jika kita letak smartphone di dok telefon khas. Senang nak perhatikan jalan sambil merujuk ke telefon.
5. Kayu swafoto (Selfie Stick)
Ini antara gajet yang boleh kita letakkan sentiasa di dalam beg tangan. Kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Sangat membantu ketika nak bergambar sendiri.
6. Beg Kalis Air (Waterproof Pounch)
Dapatkan di : Shopee |
7. Papan Kekunci (Keyboard) dan Tetikus (Mouse) Bluetooth
Antara Kehendak dan Keperluan
Terdapat banyak lagi aksesori telefon pintar yang boleh anda miliki. Semestinya hendaklah bersesuaian dengan keperluan semasa anda. Jangan membazir membeli tetapi akhirnya tidak digunakan. Buat pilihan dengan bijak dan dapat menjimatkan anda.